20071024

Misi angkasawan bukti kehebatan teknologi China

UTUSAN MALAYSIA 8 November 2003

Saintis Menulis Oleh Norul Ridzuan Zakaria

Pada 15 Oktober yang lalu, China berjaya menghantar angkasawannya ke angkasa. Angkasawan ini telah mengorbit Bumi melalui kapsul Shenzhou-5 sebanyak 14 kali dalam tempoh 21 jam. Shenzhou-5 selamat mendarat di Mongolia bersama angkasawannya pada 16 Oktober, hari berikutnya.

Angkasawan China ini, Leftenan Kolonel Yang Liwei berusia 38 tahun adalah seorang juruterbang tentera udara China. Beliau melengkapkan 1,400 jam penerbangan sebagai juruterbang dan telah menyertai program persediaan angkasawan China semenjak 1998. Ketika berada di orbit, Yang Liwei telah berkomunikasi dengan pemerintah China, Menteri Pertahanan China, isterinya dan anaknya.

Kejayaan China menghantar Yang Liwei ke orbit bukanlah kejayaan penghantaran angkasawan biasa, kerana Yang Liwei dihantar ke orbit di dalam kapsul dan kenderaan pelancar buatan China sendiri. Oleh sebab itulah kejayaan ini telah menarik perhatian pihak-pihak tertentu seperti NASA (agensi angkasa Amerika Syarikat), ROSAVIAKOSMOS (agensi angkasa Rusia) dan ESA (agensi angkasa Eropah), yang menganggap kejayaan sebenar China adalah kejayaan misi kapsul dan kenderaan pelancar mereka.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

No comments: