20090528

Minuman baru angkasawan hasil dari bahan kumuhan?

Fiksyen... atau satu kenyataan?

Ya... ianya benar-benar berlaku. Belanja untuk menghantar bekalan air ke orbit bukanlah satu operasi yang murah. Nasa terpaksa mencari jalan lain supaya dapat mengitar-semula urin (air kencing), peluh dan air yang terpeluwap kepada air bersih yang selamat digunakan sebagai minuman, penghasilan oksigen dan lain-lain

“Rasanya hebat,” kata angkasawan Amerika Syarikat (AS), Michael Barratt.

Angkasawan Russia, Gennady Padalka pula menunjukkan paket air yang tertulis: “Minum air ini apabila air tulin berada jauh lebih 300km.”

Sistem kitar semula dapat mengurangkan dan menjimatkan kos pengangkutan air bersih ke stesen itu. Ia juga diperlukan kerana jumlah angkasawan yang semakin meningkat.

Pengurus makmal stesen angkasa lepas, Marybeth Edeen menjelaskan proses-proses kitar-semula tersebut, di mana air kencing itu akan dimasak dahulu dan hanya wap yang terpeluwap dikumpul dan ditukarkan kepada air.

“Baki daripada proses itu akan dibuang. Wap air daripada proses itu kemudiannya akan dicampurkan ke dalam stesen dan ditapis dahulu sebelum ianya boleh diminum,” katanya. Ciptaan sistem ini mampu menghasilkan 10 liter air dalam tempoh enam jam. - FS

Sumber: C-Net News