20071129

Kekalkan momentum angkasawan

BARU 40 hari Program Angkasawan Negara berakhir, media di negara kita seolah-olah sudah lupa matlamat kerajaan yang sebenarnya apabila melaksanakan program ini. Angkasawan kita sepatutnya menjadi ikon bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam sains dan teknologi tetapi media telah menampilkan yang sebaliknya apabila program ini berakhir.

Bagi meneruskan momentum program angkasawan yang sudah hampir dilupakan oleh masyarakat, Institut Kajian Angkasa Malaysia (IKAM) telah mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan pertandingan roket air yang bakal berlangsung di Senawang pada 2 Disember nanti.

Program tersebut bertujuan bagi memupuk semangat para pelajar di samping memenuhi program cuti sekolah mereka.

Oleh - DR. MOHD. ROSHDI HASSAN , kakitangan Universiti Putra Malaysia yang sedang berkhidmat di Rolls Royce UTC, University of Sheffield, United Kingdom.

Berita lainjut di http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

20071128

'Abbas Ibn Firnas : Bapa Penerbangan

‘Abbas Ibn Firnas dilahirkan pada tahun 811 M dari keturunan Berber di Sepanyol.

Menemui konsep kapalterbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibn Firnas mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum the Wright Brothers.

Seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Ibn Firnas mendalami kimia, fizik, dan astronomi.

Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya (penemuan payung terjun). Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya.

Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu.

Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar. Dia juga membuat simulasi guruh dan kilat.

Ibn Firnas menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.

Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir.

Dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang.

Dia juga memajukan proses bagi memotong kristal batu.

Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun

Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya.

Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya.

Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya

20071123

Pertemuan STS MC dengan Mufti Perak

Pada 19 November 2007 yang lalu STS-MC (Space Tourism Society Malaysian Chapter) yang diketuai oleh Encik Norul Ridzuan Zakaria bersama empat orang ahli STS-MC telah mengadakan pertemuan dengan Sohibus Samahah Dato Seri Dr Hj Harussani Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah kepentingan teknologi kapal angkasa suborbital (suborbital spaceplane) kepada umat manusia amnya dan rakyat Malaysia khususnya dan usaha membawa masuk teknologi itu ke Malaysia melalui program pelancongan angkasa.




NASA pun main roket air

Tak percaya klik sini
http://www.grc.nasa.gov/WWW/K-12/bottlerocket/br2d_b.swf

20071112

Cara Mudah Membuat Roket Air

AMARAN : Permainan Roket Air ini memerlukan pengawasan ibu bapa atau orang dewasa, kerana ianya berbahaya jika ianya tidak dikendalikan dengan betul. Ianya harus dimainkan di kawasan lapang, jauh dari orang ramai. Ianya berbahaya ketika Pelancaran Roket dan ketika Roket jatuh selepas dilancarkan.

BAHAN YANG DIPERLUKAN
1. Pam tayar
2. Roket
3. Pelancar Roket

ROKET
Roket boleh dibuat daripada botol air terpakai saiz 500 ml atau 1.5 L. Lagi besar lagi tinggi pergi roket dan lebih masa diperlukan untuk mengepam. Botol air diubahsuai menggunakan beberapa botol atau plastik supaya mendapat bentuk roket. Sayap diperlukan pada bawah roket untuk penerbangan yang baik. Gunakan tape atau apa yang sesuai untuk menyambungkan bahagian roket. Muncung roket juga perlu berat sedikit (seberat duit 50 sen), letak plastesin atau apa-apa yang sesuai dan selamat pada dalam muncung roket supaya roket boleh pergi tegak.

PELANCAR
Pelancar roket boleh dipegang atau dibuat tapak pelancar. Pelancar roket dibuat dari paip PVC yang biasa digunakan untuk memasang paip dirumah. Sambungkan hujung paip pada penutup paip yang ditebuk lubang untuk dipasang NAT (vavle) tayar. Nat tayar ini boleh didapati pada tiub tayar motosikal yang terpakai.

Pelancar roket boleh dipasang pada tapak pelancar yang diperbuat dari kayu terpakai. Ikat tali pada muncung botol roket untuk dikuncikan pada tapak pelancar

PELANCARAN ROKET
Masukkan air dalam roket.
Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari isipadu botol. Kalau lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.
Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada tapak pelancar.
Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Cuba dahulu 2-3 pam dan lepaskan roket untuk mendapatkan sukatan bilangan pam yang sesuai. Jangan pam terlalu banyak angin , kerana boleh menyebabkan roket atau pelancar pecah.
Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket dijangka akan jatuh.
Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar 1.5ml. Botol kecil boleh pergi setinggi 100 meter , sementara botol besar boleh pergi setinggi 200 meter.

SELAMAT MENCUBA DAN BERHATI-HATI
JADIKAN INI SEBAGAI AKTIVITI BERILMU DAN AKTIVITI KELUARGA

20071105

Pertandingan Roket Air 2 Dis 07 Seremban

Cuti sekolah bakal menjelang. Selalunya anak-anak akan menghabiskan masa mereka melepak, bermain video game, cyber café dan sebagainya. Terlalu sedikit aktiviti yang bermanafaat dianjurkan untuk golongan mereka ini. Justeru itu Kelab AMAL NS (Angkasa Malaysia Negeri Sembilan) akan menganjurkan Pertandingan Roket Air

Tarikh : 2 Disember 2007 - Ahad
Masa : 9 pagi
Tempat : Padang Awam Taman Alamanda , Senawang , N.S

Tarikh tutup pendaftaran 25 November 2007

Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran sila hubungi :
Mohd Kauthar
Kelab AMAL NS
No 144, Jalan Alamanda, Taman Alamanda, 70450 Senawang, N.Sembilan
Tel : 017-2256382 , 012-2267406 atau layari laman web http://ikam-space.blogspot.com

Peraturan
1.Terbuka kepada pelajar sekolah menengah lelaki atau perempuan
2.Setiap kumpulan terhad kepada dua orang
3.Roket serta pelancar roket hendaklah dibuat sendiri, tidak boleh menggunakan roket siap dijual.
4.Kuasa untuk melancarkan roket hanya melalui tekanan air
5.Aspek yang akan diambil kira oleh pengadil ialah kos pembuatan, kreativiti roket dan pelancar, ketinggian, jarak dan masa penerbangan roket, pengetahuan peserta mengenai aero angkasa dan sebagainya
6.Penyertaan adalah percuma. Terhad kepada 20 kumpulan yang daftar awal.
7.Keputusan dan peraturan pengadil adalah muktamad

Hadiah : Tempat pertama RM 200 , Tempat kedua RM 150 , Tempat ketiga RM 100

Objektif Pertandingan
1. Menggalakkan para pelajar mencari bahan melalui internet atau perpustakaan cara membuat roket air
2. Mendidik pelajar mencipta sesuatu dengan menggunakan bahan yang paling kos efektif dan terpakai
3. Menanamkan semangat untuk melibatkan diri dalam kerjaya aero angkasa dan sistem sokongannya.
4. Menggalakkan pelajar membuat projek itu secara berkumpulan dengan bimbingan ibu bapa

*************************
BORANG PENDAFTARAN
Nama :
No KP :
Nama :
No KP :
Alamat :
Tel :
Nama Roket :
Kos Roket & Pelancar : RM