20071030

Pertandingan Roket Air Sempena Cuti Sekolah

Cuti sekolah bakal menjelang. Selalunya anak-anak akan menghabiskan masa mereka melepak, main video game, pergi cyber café dan sebagainya. Terlalu sedikit aktiviti yang bermanafaat dianjurkan untuk golongan mereka ini.

Justeru itu Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda, Seremban akan menganjurkan Pertandingan Roket Air sempena cuti sekolah hujung tahun 2007 ini.

Kepada mana-mana pihak, persatuan, individu, agensi kerajaan, sekolah dan sebagainya yang berminat untuk turut serta menganjurkan program ini sila hubungi Rozmal di talian 012-2267406 , e-mel : rozmal@yahoo.com

Antara matlamat Pertandingan Roket Air ini ialah :
1. Menggalakkan para pelajar mencari bahan melalui internet cara membuat roket air. Justeru cyber café dan internet digunakan bukan untuk membuang masa bermain atau “chatting” tetapi digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah

2. Mendidik pelajar membuat atau mencipta sesuatu dengan menggunakan bahan yang paling kos efektif, bahan terpakai dan sebagainya

3. Menanamkan semangat dan cita-cita untuk melibatkan diri dalam kerjaya aero angkasa dan sistem sokongannya.

4. Memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa ilmu aero angkasa ini adalah bertitik tolak dari gabungan ilmu lain seperti fizik, kimia, matematik, astronomi dan termasuk juga Al Quran dan Hadith.

5. Menggalakkan para pelajar membuat sesuatu projek itu secara berkumpulan.

6. Menggalakkan ibu bapa membimbing anak-anak mereka untuk membuat sesuatu yang berfaedah.

Berikut ialah sebahagain dari laman web berkenaan Roket Air. Bagaimana untuk membuatnya dari bahan terpakai dan sebagainya :

http://users.bigpond.net.au/mechtoys/waterrocket.html
http://www.orgsites.com/va/bristolwaterrockets/_pgg1.php3
http://en.wikipedia.org/wiki/Water_rocket

Hadiah menarik menanti para pelajar. Syarat pertandingan akan menyusul.

20071029

PENYELIDIKAN SAINTIFIK ANGKASAWAN DI ISS

Senarai penyelidikan saintifik yang membantu mengendalikan MOP, MUS, CIS, MIS. Hanya CIS dan MIS yang disediakan oleh ANGKASA:

http://www.nasa.gov/mission_pages/station/science/experiments/Summary.html

Laman web berikut, CIS dan MIS tidak disenaraikan dalam penyelidikan 15 dan 16:

http://www.nasa.gov/mission_pages/station/science/experiments/Expedition.html#15

20071025

Sudah 9 orang Islam ke Angkasa

Sebenarnya sudah 8 orang Islam telah berpeluang pergi ke angkasa lepas sebelum rakyat Malaysia. Berita lanjut di sini http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1173695089516&pagename=Zone-English-HealthScience%2FHSELayout

Jom Jalan-Jalan ke Angkasa

Satu hari nanti lagi ramai rakyat Malaysia dapat pergi ke angkasa lepas dan mendapat pengalaman zero graviti “weightlessness” bila naik kapal angkasa Ascender ni... http://www.bristolspaceplanes.com/projects/ascender.shtml

PERAK SPACE TOURISM


20071024

Pelancongan Angkasa Yang Mampu Milik

Sila ke link ini http://www.businessweek.com/globalbiz/content/jun2007/gb20070615_886920.htm

Spaceflight yang membolehkan penyertaan seramai mungkin rakyat Malaysia.

Menjelang 2010 /2011, ISS sudah memasuki fasa akhir operasinya (2010 - 2015), maka misi yang dibenarkan adalah lebih ekslusif.

As explained in the paper: http://www.spacefuture.com/archive/the_symbiotic_relationship_between_astronaut_program_and_space_tourism_development_a_third_world_perspective.shtml

PAKEJ SPACEWALK UNTUK SPACEFLIGHT PARTICIPANT USD35 JUTA

Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menghantar spaceflight participant/angkasawan untuk buat spacewalk di ISS dengan kos RM120 juta bolehlah layari laman web berikut:
http://www.space.com/news/060721_spacetourist_eva.html

Kenyataan Media ROSCOSMOS

Berikut kenyataan media dari ROSCOSMOS untuk menghantar “spaceflight participant” (peserta penerbangan angkasa), angkasawan ke angkasa melalui pakej “space tourism” (pelancongan angkasa) : http://mathaba.net/news/?x=297432

Berminat menjadi angkasawan ?

Kepada meraka yang berminat untuk menjadi “spaceflight participant” (peserta penerbangan angkasa), angkasawan bolehlah melayari laman web berikut:
http://www.spaceadventures.com/index.cfm?fuseaction=orbital.Scheduled_ISS

Angkasawan atau Peserta ?

Apa kata Energia Rusia ? Samada Peserta Penerbangan Angkasa atau Angkasawan. Sila kliklink berikut

http://www.energia.ru/eng/iss/researches/angkasa.html

Hubungan antara Program Angkasawan dan Pelancongan Angkasa

The Symbiotic Relationship between Astronaut Program and Space Tourism Development - A Third World Perspective Presented at 2nd IAASS Conference, Chicago, 14 May 2007

Norul Ridzuan Zakaria - Space Tourism Society Malaysia Chapter, Level 13, Plaza Masalam, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Dato' Ramly Zahari - Perak State Government, Bangunan Perak Darul Ridzuan, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
A. Prof. Abd Azis Abd Majid - University Technology MARA Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jamaludin Othman - Space Future Consulting Malaysia, Level 13, Plaza Masalam, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Klik sini : http://www.spacefuture.com/archive/the_symbiotic_relationship_between_astronaut_program_and_space_tourism_development_a_third_world_perspective.shtml

Angkasawan atau pelancong angkasa pertama Malaysia

UTUSAN MALAYSIA 28 Disember 2002

Saintis Menulis Oleh Norul Ridzuan Zakaria

TIDAK sampai sebulan setelah Agensi Angkasa Negara mengumumkan bahawa agensi berkenaan merancang untuk menghantar angkasawan pertama Malaysia, sebuah syarikat pelancongan tempatan pula telah mengumumkan rancangan menghantar pelancong angkasa Malaysia yang pertama.

Syarikat pelancongan berkenaan sebenarnya bertindak sebagai ejen kepada syarikat pelancongan angkasa Space Adventure yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan.

Antara pakejnya adalah melancong ke pusat pelancaran kenderaan pelancar, menjalani latihan angkasawan, melakukan penerbangan paras tinggi dan melakukan penerbangan graviti sifar.

Selain daripada Space Adventure, terdapat beberapa buah lagi syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan angkasa.

Pakej pelancongan angkasa yang sebenar, yang mana fasa pertamanya merupakan penerbangan sub-orbital masih belum dapat ditawarkan kerana pesawat angkasa sub-orbital masih belum wujud. Penerbangan sub-orbital adalah penerbangan yang boleh disertai oleh pelancong ke paras ketinggian 100km menggunakan pesawat khas yang dilengkapkan dengan enjin jet dan enjin roket.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=1228&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

Pastikan kesinambungan program angkasawan

UTUSAN MALAYSIA 2 Oktober 2007

WALAU apa pun perspektif pelbagai golongan masyarakat terhadap program angkasawan kebangsaan, ia tetap terlaksana menjelang 10 Oktober ini apabila angkasawan negara yang terpilih berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan penerbangan kenderaan pelancar Soyuz.

Perkara terbaik yang patut difikirkan adalah mengenai kesinambungan program tersebut sekembalinya angkasawan berkenaan dari stesen angkasa itu nanti. Apakah tugas dan peranan yang patut dimainkan oleh angkasawan kita bagi memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan juga dunia?

Tentulah tidak memadai jika aktiviti yang akan dilakukan oleh angkasawan itu kelak hanyalah sekadar melawat ke sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian dan menyampaikan ceramah berkenaan pengalamannya selama seminggu di ISS. Ini kerana semua maklumat tersebut boleh didapati dengan mudah di zaman kecanggihan teknologi multimedia pada hari ini.

* Dr. Mohd. Roshdi Hassan adalah kakitangan Universiti Putra Malaysia yang bertugas di Rolls Royce UTC University of Sheffield, UK.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1002&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

Memacu industri angkasa agenda kita

UTUSAN MALAYSIA 1 September 2003
ANGKASA menawarkan ruang yang luas bagi mana-mana negara di dunia membuat penerokaan.

Justeru, Malaysia tidak boleh hanya berpeluk tubuh menyaksikan negara lain mengembangkan teknologi masing-masing dalam bidang berkenaan memandangkan keupayaan menguasai teknologi angkasa lepas amat penting terutama dari segi pertahanan, keselamatan, tinjauan dan pengumpulan data untuk kajian cuaca.

Masih belum terlambat bagi Malaysia memacu perkembangan teknologi angkasa meskipun masih terkebelakang dalam teknologi ini berbanding negara-negara membangun.

Cadangan untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas merupakan satu perkembangan menarik dalam usaha Malaysia menerokai angkasa lepas.

Menurut Institut Kajian Angkasa Malaysia (IKAM), Malaysia sememangnya telah ketinggalan dalam bidang sains angkasa berbanding dengan negara-negara maju dan juga negara-negara membangun seperti India, Brazil dan China.

Presidennya, Norul Ridzwan Zakaria bagaimanapun berpendapat Malaysia berkemampuan untuk terus mengikuti kemajuan dan perkembangan bidang ini dengan syarat memberi tumpuan kepada kelebihan yang ada padanya.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0901&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fkhas&pg=lk_03.htm&arc=hive

Kedudukan angkasawan Malaysia di mata dunia

UTUSAN MALAYSIA 16 Ogos 2003

Saintis Menulis Oleh Norul Ridzuan Zakaria

Pada hujung minggu pertama bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menghantar angkasawannya yang pertama ke angkasa melalui program angkasa Rusia menjelang 2005. Calon angkasawan Malaysia ini dijangka dipilih selewat-lewatnya pertengahan 2004 kerana tempoh latihan yang perlu diikuti oleh calon angkasawan ini adalah kira-kira 18 bulan.

Sekurang-kurangnya dua rakyat Malaysia akan dihantar mengikuti latihan angkasawan yang mungkin akan dijalankan di Pusat Latihan Angkasawan Gagarin di Star City, Kazakhstan. Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan diterbangkan ke angkasa bersama angkasawan Rusia.

Biasanya dua angkasawan jemputan perlu menjalani latihan sebelum seorang daripada mereka dihantar ke angkasa. Ini bermakna seorang adalah calon angkasawan utama, sementara seorang lagi adalah calon angkasawan simpanan. Kenderaan pelancar yang biasa digunakan adalah kenderaan pelancar Soyuz, yang mempunyai tiga tempat duduk. Dua tempat duduk biasanya dikhaskan kepada angkasawan Rusia dan satu tempat duduk disediakan untuk angkasawan jemputan.

Sebenarnya program angkasawan jemputan anjuran Rusia ini bukanlah perkara baru. Program ini telah wujud semenjak tahun 1976 apabila Kesatuan Soviet mula melatih calon-calon angkasawan jemputan dari negara-negara ahli Interkosmos atau Persatuan Angkasa Antarabangsa yang diwujudkan pada bulan April 1967.

Enam calon angkasawan jemputan pertama adalah dari Czechoslovakia, Poland dan Jerman Timur yang mendaftar di Pusat Latihan Angkasawan Gagarin pada bulan Disember 1976. Sepuluh calon angkasawan jemputan lagi tiba pada tahun 1978 dan 1979 dari Bulgaria, Hungary, Cuba, Mongolia, Romania dan Vietnam. Seterusnya calon angkasawan jemputan dari Perancis, India dan Syria pula tiba di antara tahun 1980 dan 1985.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0816&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Malaysia sesuai sebagai tapak pelancaran satelit

UTUSAN MALAYSIA 17 September 2007

KIRA-kira tiga bulan yang lepas, media-media utama di Malaysia telah menyiarkan berita kenyataan Datuk Law Hieng Ding berkenaan kemungkinan Malaysia akan menimbang untuk membina sebuah pusat pelancaran satelit.

Kenyataan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar itu adalah kenyataan yang pertama seumpamanya dan bolehlah dianggap sebagai suatu petanda baik kepada perkembangan industri angkasa di Malaysia.

Pada hari ini industri angkasa tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan pihak swasta di Malaysia seperti industri automotif ataupun petrokimia. Industri angkasa juga berbeza daripada industri aeroangkasa yang kini telah mula mendapat perhatian khusus di Malaysia.

Industri angkasa yang sebenar adalah industri yang melibatkan operasi pembinaan satelit, pembinaan kenderaan pelancar, pembinaan komponen pesawat angkasa dan perkhidmatan pelancaran satelit. Walau bagaimanapun, Malaysia bukanlah langsung tidak bergiat dalam industri angkasa. Ini dibuktikan melalui operasi perkhidmatan komunikasi menggunakan satelit yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta Malaysia. Malah Malaysia juga kini mempunyai dua buah satelit komunikasi iaitu MEASAT 1 dan MEASAT 2. Perkhidmatan komunikasi satelit ini merupakan sebahagian daripada komponen industri angkasa.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0917&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_04.htm&arc=hive

Pusat pengangkutan angkasa komersial di Malaysia

UTUSAN MALAYSIA 23 November 2002

Saintis Menulis Oleh Norul Ridzuan Zakaria

SISTEM pengangkutan angkasa yang paling utama adalah kenderaan pelancar (launch vehicle), iaitu sistem pengangkutan yang membawa angkasawan, satelit dan muatan lain dari Bumi ke destinasi di angkasa. Kenderaan pelancar menggunakan enjin berkuasa roket dan bahan api cecair hidrogen.

Antara kenderaan pelancar yang paling besar dan paling berkuasa pernah dibina adalah untuk misi Apollo yang telah mendaratkan manusia ke bulan pada tahun 1969. Bagaimanapun, kenderaan pelancar bersaiz gergasi seperti ini tidak lagi digunakan akibat daripada perkembangan teknologi angkasa terkini. Pada hari ini, kenderaan pelancar adalah lebih kecil dan operasinya pula lebih mudah serta lebih murah.

Kini kenderaan pelancar yang paling popular adalah shuttle angkasa (space shuttle). Kelebihan utama shuttle angkasa berbanding dengan kenderaan pelancar lain ialah komponen pengorbit (orbiter) kenderaan ini dapat digunakan semula.

Berita lanjut di :
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=1123&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

Misi angkasawan bukti kehebatan teknologi China

UTUSAN MALAYSIA 8 November 2003

Saintis Menulis Oleh Norul Ridzuan Zakaria

Pada 15 Oktober yang lalu, China berjaya menghantar angkasawannya ke angkasa. Angkasawan ini telah mengorbit Bumi melalui kapsul Shenzhou-5 sebanyak 14 kali dalam tempoh 21 jam. Shenzhou-5 selamat mendarat di Mongolia bersama angkasawannya pada 16 Oktober, hari berikutnya.

Angkasawan China ini, Leftenan Kolonel Yang Liwei berusia 38 tahun adalah seorang juruterbang tentera udara China. Beliau melengkapkan 1,400 jam penerbangan sebagai juruterbang dan telah menyertai program persediaan angkasawan China semenjak 1998. Ketika berada di orbit, Yang Liwei telah berkomunikasi dengan pemerintah China, Menteri Pertahanan China, isterinya dan anaknya.

Kejayaan China menghantar Yang Liwei ke orbit bukanlah kejayaan penghantaran angkasawan biasa, kerana Yang Liwei dihantar ke orbit di dalam kapsul dan kenderaan pelancar buatan China sendiri. Oleh sebab itulah kejayaan ini telah menarik perhatian pihak-pihak tertentu seperti NASA (agensi angkasa Amerika Syarikat), ROSAVIAKOSMOS (agensi angkasa Rusia) dan ESA (agensi angkasa Eropah), yang menganggap kejayaan sebenar China adalah kejayaan misi kapsul dan kenderaan pelancar mereka.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Tentera Malaysia patut guna AWACS atau satelit?

UTUSAN MALAYSIA 14 Jun 2003

Oleh Norul Ridzuan Zakaria

PADA awal bulan Jun ini, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan di dalam akhbar bahawa Angkatan Tentera Malaysia mungkin akan membeli pesawat udara AWACS (Airborne Warning & Control Systems).

Pesawat AWACS adalah pesawat khas yang dilengkapkan dengan sistem radar dan komunikasi canggih bagi berfungsi sebagai stesen dan komunikasi di udara. Pesawat ini berfungsi terutamanya untuk mengesan aktiviti awal pihak musuh dan berkomunikasi dengan pesawat udara dan kapal bagi penyelarasan misi ketenteraan. Antara pesawat AWACS yang paling popular adalah pesawat E2C Hawkeye Amerika Syarikat. Pesawat ini juga sedang dipertimbangkan untuk dibeli oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0614&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

LIMA 2003 patut pamerkan pesawat angkasa

UTUSAN MALAYSIA 24 Mei 2003

Saintis Menulis Oleh NORUL RIDZUAN ZAKARIA

Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2003 (LIMA 2003) adalah antara pameran yang paling utama di Asia. Selama ini komponen aeroangkasa pameran ini mempamerkan pesawat-pesawat udara untuk kegunaan ketenteraan, awam dan komersial.

Pada hari ini apabila dibincangkan perkara berkenaan aeroangkasa, maka perbincangan ini biasanya melibatkan kedua-dua komponen aero dan angkasa. Tambahan lagi perkataan aeroangkasa itu sendiri adalah terjemahan daripada perkataan Inggeris aerospace yang merupakan kombinasi perkataan aero (udara) dan space (angkasa).

Sehubungan itu, banyak pameran aeroangkasa yang diadakan di Eropah, Rusia dan Amerika Syarikat mempamerkan pameran yang terdiri daripada kedua-dua komponen aero dan angkasa. Pameran aeroangkasa ini biasanya turut mempamerkan pesawat-pesawat angkasa di samping pesawat-pesawat udara walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0524&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hive

Melancong ke angkasa melalui Malaysia

UTUSAN MALAYSIA 31 Ogos 2002

Angkasa Lepas
PEMILIHAN penyanyi kumpulan N'Sync, Lance Bass sebagai calon pelancong baru ke angkasa lepas merupakan satu berita menarik.

Bass bakal menjadi pelancong ketiga yang berpeluang melawat angkasa lepas selepas Dennis Tito, warga Amerika Syarikat yang menikmatinya tahun lepas dan Mark Shuttleworth, warga Afrika Selatan awal tahun ini.

``Di Malaysia, anda akan diketawakan dan dianggap tidak rasional sekiranya mempunyai hajat sedemikian,'' kata Presiden Institut Kajian Angkasa Malaysia (IKAM), Norul Ridzuan Zakaria.

Kata beliau, cadangan Space Adventure, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan pemergian Tito dan Shuttleworth, tidak begitu menarik minat Pentadbiran Auronautik dan Angkasa Lepas Negara (NASA) Amerika Syarikat ketika diumumkan 10 tahun lepas.

Namun NASA kini terlibat aktif menjayakan impian Bass itu. Di Malaysia kata Norul Ridzuan, IKAM sebuah badan sukarela bersedia membantu mempromosikan pelancongan angkasa lepas tetapi ia bukan semata-mata untuk rakyat Malaysia.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=0831&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Malaysia wajar manfaatkan satelit ramal tsunami

UTUSAN MALAYSIA 1 Januari 2005

Malaysia yang terletak di atas pentas benua di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik sememangnya merupakan sasaran tsunami kerana pentas benua yang cetek berbanding dengan kawasan lautan yang lebih dalam menyebabkan magnitud atau kekuatannya bertambah berlipat kali ganda.

Berbanding dengan arus lautan biasa yang disebabkan oleh tiupan angin bergerak selaju kira-kira 20km sejam, tsunami bergerak pada kelajuan yang amat tinggi, iaitu kira-kira 800km sejam.

Ketika bergerak di kawasan laut terbuka yang dalam, gelombang tsunami bergerak jauh dari permukaan laut dengan jarak gelombang yang panjang sehingga berukuran lebih dari 100km. Akibatnya, pergerakan tsunami ini tidak dapat dirasai oleh kapal yang berada di permukaan laut pada lokasi berkenaan.

Sebaliknya, apabila gelombang tsunami sampai di atas pentas benua dan menghampiri pantai, jarak gelombangnya menjadi pendek disebabkan laut telah menjadi cetek, iaitu kedalaman laut di kawasan ini jauh berbeza dari kedalaman laut di mana tsunami dihasilkan.

Akibatnya tsunami ini memperoleh tenaga yang kuat sehingga boleh menghasilkan gelombang setinggi 10 meter.

Presiden Institut Kajian Angkasa Malaysia (IKAM), Norul Ridzuan Zakaria berkata, malapetaka tsunami yang melanda Malaysia ini telah mendatangkan kesedaran bahawa negara kini terdedah kepada suatu kesan bencana alam yang hebat yang boleh memusnahkan sebahagian negara ini dengan sekelip mata sahaja.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0101&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Mengembalikan era sains angkasa di Terengganu

UTUSAN MALAYSIA 26 Jun 2004

Saintis Menulis Oleh NORUL RIDZUAN ZAKARIA

Bangunan Pusat Sains Terengganu terletak di Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Di bangunan ini terdapat sebuah galeri sains dan sebuah planetarium yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya 1999.

Di galeri Sains, Pusat Sains Terengganu ini terdapat bahan-bahan pameran sains yang disumbangkan oleh Pusat Sains Negara dan Universiti Teknologi Malaysia dan juga bahan-bahan pameran yang dihasilkan sendiri oleh kakitangan dan pegawai Pusat Sains Terengganu.

Planetarium yang terdapat di Pusat Sains Terengganu ini adalah planetarium astronomi.

Planetarium ini mempunyai 80 tempat duduk yang disusun dalam bentuk bulatan dan dilengkapkan dengan projektor bintang dan planet Zeiss ZKP3 yang diimport dari Jerman.

- NORUL RIDZUAN ZAKARIA ialah Presiden, Institut Kajian Angkasa Malaysia (IKAM).

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0626&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

Pencerapan anak bulan secara saintifik

UTUSAN MALAYSIA Jumaat, 5 Disember 2002

Pencerapan anak bulan secara saintifik Oleh Norul Ridzuan Zakaria

PENCERAPAN anak bulan Ramadan dan Syawal adalah aktiviti keagamaan yang dilakukan setiap tahun oleh umat Islam selama lebih daripada 1000 tahun...

Sekiranya diteliti pada sudut astronomi dan sains angkasa, pencerapan anak bulan Ramadan dan Syawal boleh berkembang sebagai aktiviti saintifik di samping aktiviti keagamaan.

Banyak syarat yang ditetapkan dalam pencerapan anak bulan ini merupakan syarat-syarat yang bercirikan penyelidikan dan pembangunan sains.

Syarat utama yang ditetapkan untuk aktiviti pencerapan ini adalah saiz anak bulan, iaitu saiz bulan yang paling kecil. Umur bulan pada ketika ini adalah sehari, iaitu hari pertama fasa bulan. Kedudukan anak bulan pula adalah berhampiran dengan ufuk, di mana biasanya terdapat awan.

Di samping itu, waktu pencerapan anak bulan pula adalah waktu senja, bila mana masih terdapat cahaya matahari. Kesemua syarat yang ditetapkan ini merupakan syarat-syarat yang membuatkan pencerapan paling sukar dilakukan.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Queen Mary II dilengkapi planetarium digital

UTUSAN MALAYSIA 31 Januari 2004

Saintis Menulis Oleh NORUL RIDZUAN ZAKARIA

LEBIH 90 tahun lalu, kapal mewah Titanic merupakan kapal mewah yang terbesar di dunia sehingga dianggap sebagai hotel mewah yang terapung.

Kemudiannya kapal mewah Queen Elizabeth II pula memegang takhta sebagai kapal mewah terbesar di dunia selepas tragedi Titanic tenggelam akibat terlanggar bongkah ais di Lautan Atlantik.

Kedua-dua kapal mewah itu dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan mewah seperti dewan tarian, teater, perpustakaan, kolam renang, restoran dan pusat rekreasi di samping kemudahan penginapan lima bintang.


Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0131&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

100 tahun selepas penerbangan adik-beradik Wright

UTUSAN MALAYSIA 20 Disember 2003

Saintis Menulis Oleh NORUL RIDZUAN ZAKARIA

Pada bulan Disember ini telah genap 100 tahun manusia terbang menggunakan pesawat udara, kerana pada bulan Disember 1903, adik-beradik Wright, iaitu Orville dan Wilbur Wright telah berjaya terbang di udara selama beberapa minit menggunakan pesawat udara di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).

Adik-beradik Wright telah memulakan era penerbangan manusia menggunakan pesawat udara dengan melakukan beberapa penerbangan percubaan ataupun penyelidikan. Kejayaan ini terus mendapat perhatian pihak angkatan tentera Amerika Syarikat apabila mereka menyedari bahawa pesawat udara adik-beradik Wright ini mempunyai potensi dari segi ketenteraan.

Adik-beradik Wright telah diberikan kontrak bagi menghasilkan pesawat udara untuk kegunaan ketenteraan oleh angkatan tentera AS pada bulan Ogos 1909. Pesawat ini boleh terbang selaju 60 km/j. Maka bermulalah era penerbangan udara ketenteraan dan penubuhan angkatan tentera udara yang pertama di dunia.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=1220&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive