20071024

Malaysia wajar manfaatkan satelit ramal tsunami

UTUSAN MALAYSIA 1 Januari 2005

Malaysia yang terletak di atas pentas benua di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik sememangnya merupakan sasaran tsunami kerana pentas benua yang cetek berbanding dengan kawasan lautan yang lebih dalam menyebabkan magnitud atau kekuatannya bertambah berlipat kali ganda.

Berbanding dengan arus lautan biasa yang disebabkan oleh tiupan angin bergerak selaju kira-kira 20km sejam, tsunami bergerak pada kelajuan yang amat tinggi, iaitu kira-kira 800km sejam.

Ketika bergerak di kawasan laut terbuka yang dalam, gelombang tsunami bergerak jauh dari permukaan laut dengan jarak gelombang yang panjang sehingga berukuran lebih dari 100km. Akibatnya, pergerakan tsunami ini tidak dapat dirasai oleh kapal yang berada di permukaan laut pada lokasi berkenaan.

Sebaliknya, apabila gelombang tsunami sampai di atas pentas benua dan menghampiri pantai, jarak gelombangnya menjadi pendek disebabkan laut telah menjadi cetek, iaitu kedalaman laut di kawasan ini jauh berbeza dari kedalaman laut di mana tsunami dihasilkan.

Akibatnya tsunami ini memperoleh tenaga yang kuat sehingga boleh menghasilkan gelombang setinggi 10 meter.

Presiden Institut Kajian Angkasa Malaysia (IKAM), Norul Ridzuan Zakaria berkata, malapetaka tsunami yang melanda Malaysia ini telah mendatangkan kesedaran bahawa negara kini terdedah kepada suatu kesan bencana alam yang hebat yang boleh memusnahkan sebahagian negara ini dengan sekelip mata sahaja.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0101&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

No comments: