20071024

Malaysia sesuai sebagai tapak pelancaran satelit

UTUSAN MALAYSIA 17 September 2007

KIRA-kira tiga bulan yang lepas, media-media utama di Malaysia telah menyiarkan berita kenyataan Datuk Law Hieng Ding berkenaan kemungkinan Malaysia akan menimbang untuk membina sebuah pusat pelancaran satelit.

Kenyataan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar itu adalah kenyataan yang pertama seumpamanya dan bolehlah dianggap sebagai suatu petanda baik kepada perkembangan industri angkasa di Malaysia.

Pada hari ini industri angkasa tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan pihak swasta di Malaysia seperti industri automotif ataupun petrokimia. Industri angkasa juga berbeza daripada industri aeroangkasa yang kini telah mula mendapat perhatian khusus di Malaysia.

Industri angkasa yang sebenar adalah industri yang melibatkan operasi pembinaan satelit, pembinaan kenderaan pelancar, pembinaan komponen pesawat angkasa dan perkhidmatan pelancaran satelit. Walau bagaimanapun, Malaysia bukanlah langsung tidak bergiat dalam industri angkasa. Ini dibuktikan melalui operasi perkhidmatan komunikasi menggunakan satelit yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta Malaysia. Malah Malaysia juga kini mempunyai dua buah satelit komunikasi iaitu MEASAT 1 dan MEASAT 2. Perkhidmatan komunikasi satelit ini merupakan sebahagian daripada komponen industri angkasa.

Berita lanjut di : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0917&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_04.htm&arc=hive

No comments: