20071211

Yapp Syau Yin bukan juruterbang wanita MiG-29 pertama dunia

Majalah NONA keluaran Januari 2008 telah memaparkan cerita berkenaan Yapp Syau Yin sebagai juruterbang wanita MiG-29 pertama dunia tulisan Norzalina Mohd Alias seperti berikut:

".....ia belum pernah dipandu gologan hawa dari mana-mana negara kecuali kita (merujuk kepada Yapp Syau Yin." (mukasurat 128)

dan

".....Yapp Syau Yin TUDM sebagai pemenang utama di atas kejayaannya menjadi wanita pertama menerbangkan pesawat pejuang MiG-29 di ruang angkasa dunia." (mukasurat 236)

Akhbar KOSMO pula dalam laman utama Ekstra! keluaran 2 Disember telah memaparkan rencana berkenaan Yapp Syau Yin sebagai juruterbang wanita MiG-29 pertama dunia tulisan Mohd Hafiz Abas seperti berikut:

".....wanita pertama di dunia mengemudi pesawat tempur MiG-29 (merujuk kepada Yapp Syau Yin)."

dan

".....juruterbang wanita pertama di dunia menerbangkan jet pejuang MiG-29.....(merujuk kepada Yapp Syau Yin)."

Kenyataan NONA dan KOSMO di atas adalah salah kerana juruterbang wanita MiG-29 yang pertama di dunia adalah Svetlana Protassova yang telah mula menerbangkan MiG-29 pada bulan April 1996. Sila lihat laman web berikut:

http://www.ctie.monash.edu.au/hargrave/protassova_svetlana.html

dan

http://www.tvdata.ru/military/female_fighter_pilot/0

Sehubungan itu, Space Tourism Society Malaysia Chapter mencadangkan agar NONA dan KOSMO membetulkan kenyataan salah berkenaan dalam keluaran berikutnya.

Pembetulan ini adalah penting kerana cerita dan rencana yang salah berkenaan Yapp Syau Yin ini mungkin digunakan oleh pembaca sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan kertas kerja dalam bidang aeroangkasa tempatan, memungkinkan terhasilnya kertas kerja yang salah dan tidak bernilai.

Kami juga berpendapat usaha mempromosikan Yapp Syau Yin sebagai calon angkasawan adalah tidak wajar, tetapi beliau mungkin wajar dipromosikan sebagai calon juruterbang prototaip sub-orbital spaceplane yang boleh dihasilkan dengan kos yang lebih rendah dari kos menghantar angkasawan ke International Space Station. Sila rujuk laman web berikut:

http://www.spacefuture.com/archive/the_symbiotic_relationship_between_astronaut_program_and_space_tourism_development_a_third_world_perspective.shtml

Sekian, terima kasih.

Norul Ridzuan Zakaria
Presiden
Space Tourism Society Malaysia Chapter
www.spacetourismsociety.org

No comments: