20071203

Sekitar Pertandingan Roket Air Taman Alamanda

Ahad 2 Disember 2007 telah diadakan Pertandingan Roket Air dan Pengembaraan Angkasa Lepas di Taman Alamanda, Senawang. Seramai 30 orang peserta dari 15 kumpulan termasuk 2 kumpulan dari Lembah Kelang mengambil bahagian. Peserta termuda berusia 8 tahun hingga 15 tahun, termasuk satu kumpulan remaja perempuan berusia 11 tahun. Cuaca begitu cerah dan amat baik untuk pelancaran roket air. Johan kumpulan Alkoeds dari Senawang, anggaran ketinggian roket 7 tingkat bangunan dan jatuh hanya 2 meter dari tapak pelancaran. Semua terhibur, anak-anak serta sokongan padu ibu bapa masing-masing. Hari yang menghiburkan dan bersantai untuk keluarga dan jiran tetangga juga penuh informasi, tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Turut menarik minat peserta dan tetamu ialah simulasi "Control Centre", ISS dan "Flight Simulation".
Semuanya ada di Malaysia. Jom Cuti Cuti Malaysia




















No comments: