20081020

M-R2D2 TO CELEBRATE THE FIRST ANNIVERSARY OF MALAYSIAN ASTRONAUT PROGRAM


Since STS-MC has been benefiting from the Malaysian national astronaut program, it is celebrating the first anniversary of the program this month of October. Since October last year, the astronaut has been campaigning and promoting the program to the public. However, STS-MC appears to be the most obvious community, which benefit the most from the campaign and promotion, because unintentionally, the astronaut has been promoting space tourism.

Therefore, STS-MC is celebrating the first anniversary of the astronaut program by launching a program called M-R2D2, stands for Malaysian Research for Rocketplane Design & Development with Swiss Propulsion Laboratory (SPL) as the partner.

Please refer to www.spl.ch/ and click on News. You can read a very brief description of M-R2D2 program and view a related photograph.

The photograph on the topmost page shows from left to right: Anwar Taufeek Ismail (ED of STS-MC), Adrian Mettauer (PR Chief of SPL), Mohd Nizar Jamaluddin (CM of Perak), Norul Ridzuan Zakaria (F&P of STS-MC) and Jalaluddin Abu (CEO of STS-MC).

M-R2D2 is also mentioned on the 2nd page of http://www.spl.ch/about/factsheet_v0.7_2007-11-05.pdf

20081019

PRORAM ANGKASAWAN NEGARA SIA-SIA?

Dewan Kosmik keluaran Oktober 2008 telah menyiarkan artikel, 'PRORAM ANGKASAWAN NEGARA SIA-SIA?',

Berikut pula adalah artikel asal yang dikemukakan kepada Dewan Kosmik:

Memanglah banyak tohmahan yang telah dilemparkan oleh pelbagai pihak terhadap ketidak-berkesanan program angkasawan negara, kerana program yang julung-kali diusahakan di negara kita ini kerap dibandingkan dengan program angkasawan negara-negara maju ataupun negara-negara yang telah lama bergiat dan telah berpengalaman luas dalam bidang angkasa. Walaubagaimanapun perbandingan ini tidaklah boleh dianggap tidak adil kerana dalam era teknologi maklumat pada hari ini, banyak pengalaman pihak lain boleh dijadikan iktibar, termasuklah pengalaman program angkasawan negara-negara lain yang boleh dijadikan iktibar kepada program angkasawan negara bagi memastikan keberkesanan program ini.

Umum perlulah juga sedar bahawa program angkasawan negara bukan suatu program yang dirancang dan diuruskan sepenuhnya oleh ANGKASA (agensi angkasa Malaysia) kerana program ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor yang ditentukan oleh kerajaan Russia. Oleh itu ANGKASA tidak boleh terlalu kreatif dalam melaksanakan program angkasawan negara. Sebab itulah program ini terpaksa dilaksanakan mengikut acuan ROSKOSMOS (agensi angkasa Russia) melalui program yang sama ditawarkan kepada pelancong angkasa. Maka adalah juga tidak adil umum mengharapkan pencapaian yang terlalu tinggi terhadap program angkasawan negara.

Sungguhpun demikian, perkara yang lebih utama adalah aktiviti penerusan atau kesinambungan program angkasawan negara, kerana berbeza dengan fasa ketika angkasawan negara dilatih dan berada di Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS), fasa selepas kembalinya beliau dari ISS dicorak sepenuhnya oleh ANGKASA tanpa campurtangan ROSKOSMOS lagi. Inilah sebenarnya fasa yang lebih penting dan menentukan keberkesanan program angkasawan negara.

Kini fasa selepas kembalinya angkasawan negara sudah berlangsung selama setahun dan hasilnya program ini untuk dibanggakan masih lagi dinanti-nantikan. Sehingga kini satu-satunya hasil yang dapat diceritakan kepada umum hanyalah aktiviti promosi bidang angkasa yang dilakukan oleh angkasawan negara melalui lawatan-lawatannya ke sekolah.

Malangnya umum sudah mula mempersoalkan perkara yang bukan sekadar lawatan angkasawan ke sekolah bagi mempromosikan bidang angkasa. Akan tiba masanya lawatan ini tidak akan menjadi popular atau sesuai lagi disebabkan faktor masa, perkembangan teknologi dan kemudahan pemperolehan maklumat terkini dalam bidang angkasa melalui internet, bilamana pengalaman berada di ISS yang diceritakan oleh angkasawan negara kepada pelajar telah menjadi kurang menarik. Oleh itu, program angkasawan negara ini perlulah lebih kreatif dengan menekankan faktor-faktor sains dan teknologi.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ANGKASA bagi menjadikan program angkasawan negara bersifat lebih saintifik dan berasaskan teknologi, walaupun telah setahun angkasawan ini pulang ke Bumi. Antara yang boleh dilakukan adalah membentangkan kertas saintifik berkenaan dengan program angkasawan dengan menjadikan program angkasawan negara sebagai sebahagian dari kandungan utama kertas itu. Kertas ini perlulah dibentang di persidangan antarabangsa anjuran NASA (agensi angkasa Amerika) atau ESA (agensi angkasa Eropah) ataupun ROSKOSMOS. Adalah lebih baik sekiranya data-data saintifik yang dikumpulkan oleh angkasawan negara ketika beliau menjalani latihan angkasawan dan berada di ISS turut dijadikan kandungan kertas itu.

Seterusnya angkasawan negara boleh diberikan tugas menjalankan penyelidikan dalam bidang angkasa oleh ANGKASA bersama-sama dengan pegawai-pegawai sains dan penyelidik ANGKASA. Adalah lebih baik sekiranya tugasan yang diberikan melibatkan kerjasama dengan NASA, ESA atau ROSKOSMOS. Hasil penyelidikan ini bolehlah dibentangkan dalam persidangan angkasa antarabangsa.

Penyelidikan dalam bidang berkaitan yang tidak secara langsung merupakan bidang sains dan teknologi juga boleh dilaksanakan. Tetapi hasil penyelidikan ini haruslah boleh digunakan untuk aktiviti sains dan teknologi angkasa. Antara penyelidikan dalam bidang ini yang paling sesuai adalah kajian terhadap keberkesanan program angkasawan negara dalam mempromosikan bidang angkasa di kalangan pelajar sekolah. Untuk itu, perlulah adanya statistiks minat pelajar sebelum dan selepas angkasawan negara kembali dari ISS untuk dibuat perbandingan dan analisa. Hasil penyelidikan ini boleh digunakan bagi merancang program angkasa yang lain anjuran ANGKASA, disamping dijadikan rujukan oleh kerajaan dalam menyediakan pembiayaan terhadap program-program lain dalam bidang angkasa.

Aktiviti seperti ini seharusnya tidak terhad kepada usaha yang boleh dilakukan oleh ANGKASA ataupun agensi kerajaan sahaja. Penyediaan kertas yang melibatkan program angkasawan negara sebenarnya boleh dilaksanakan juga oleh agensi swasta dan organisasi bukan kerajaan. Persatuan Pelancongan Angkasa Cawangan Malaysia atau STS-MC (Space Tourism Society Malaysia Chapter) misalnya telahpun menghasilkan dan membentangkan kertas yang membicarakan berkenaan program angkasawan negara di persidangan anjuran ESA. Usaha ini sekurang-kurangnya menampakkan kesan dan turut mempromosikan program angkasawan negara. Inilah antara sumbangan yang boleh dilakukan oleh pihak swasta dan organisasi bukan kerajaan yang bergiat dalam bidang angkasa terhadap program angkasawan.

Setelah setahun angkasawan negara kembali dari ISS, mungkin sudah sampai masanya program ini dilihat dari sudut yang berbeza. Disamping mengharapkan hasil dan sumbangan terhadap umum dari program ini, haruslah ada juga usaha bagi menyumbang terhadap program ini dari pihak swasta dan organisasi bukan kerajaan. Maka pihak-pihak ini sepatutnya bersama-sama dengan ANGKASA bertindak kreatif mewujudkan aktiviti-aktiviti yang boleh menikmati hasil yang positif dari dan juga menyumbang secara positif terhadap program angkasawan negara. Sebenarnya perlulah ada perhubungan simbiotik di antara program angkasawan negara dan rakyat Malaysia, di mana umum tidak sepatutnya terus mengharapkan hasil dari program angkasawan negara semata-mata tanpa turut menyumbang kepada program ini.

Usaha ‘memperkayakan’ program angkasawan negara akan dapat menyelamatkan program ini dari terus dipandang negatif oleh pihak tertentu yang lebih cenderung membuat tohmahan yang kononnya program ini telah gagal menyumbang seperti yang sepatutnya. Usaha ini akan dapat meningkatkan keberkesanan program angkasawan Negara bagi memastikan hasilnya dapat dilihat dan dinikmati oleh umum.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan haruslah menerajui usaha ini dan seterusnya disokong oleh agensi swasta dan organisasi bukan kerajaan yang bergiat dalam bidang angkasa. Antara usaha yang sesuai adalah mewujudkan program pembangunan teknologi pengangkutan angkasa awam (public space transportation program) yang mana dapat memberikan penjelasan kepada umum berkenaan peluang dan penglibatan orang awam dalam penerokaan angkasa.

Usaha inilah yang sedang dilakukan oleh STS-MC melalui program suborbital spaceplanenya, iaitu program penyelidikan, pembangunan dan promosi pesawat penumpang murah ke angkasa untuk orang awam. Program ini boleh ‘memperkayakan’ program angkasawan negara, malah boleh dianggap sebagai kesinambungan program angkasawan negara. Tetapi kejayaan program seperti ini bergantung kepada penerimaan pihak kerajaan. Sekiranya tiada sokongan dari pihak kerajaan, maka usaha ‘memperkayakan’ program angkasawan negara ini akan gagal, dan anggapan negatif terhadap program ini akan berterusan.

Walau apapun, yang pasti setelah setahun angkasawan negera kembali dari ISS, program angkasawan negara telah gagal ‘mempersonakan’ rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang angkasa.

STS-MC mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dewan Kosmik.


Norul Ridzuan Zakaria