20080511

TAWARAN STS-MC KEPADA SYARIKAT/AGENSI AEROSPACE TEMPATAN

Dengan ini STS-MC menawarkan kepada syarikat-syarikat aerospace tempatan untuk membangunkan suborbital spaceplane yang dipromosikan oleh STS-MC.

STS-MC menawarkan perkara-perkara berikut:

1. Menjalinkan hubungan perniagaan dengan Bristol Spaceplane Ltd.
2. Menjalinkan hubungan perniagaan dengan Swiss Propulsion Laboratory
3. Bertindak sebagai co-author STS-MC dalam kertas kerja yang dibentangkan di conference anjuran ESA dan/atau NASA
4. Mempamerkan logo syarikat pada ilustrasi dan model suborbital spaceplane yang dipromosikan oleh STS-MC di dalam negara dan di luar negara
5. Menggunakan hasil kerja bersama syarikat dan STS-MC bagi memohon geran dari kerajaan Malaysia

Kepada agensi-agensi bukan syarikat, STS-MC menawarkan perkara-perkara berikut:

1. Menjalinkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta latihan dengan Bristol Spaceplane Ltd.
2. Menjalinkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta latihan dengan Swiss Propulsion Laboratory
3. Bertindak sebagai co-author STS-MC dalam kertas/poster dengan kandungan suborbital spaceplane yang dibentangkan di conference anjuran ESA dan/atau NASA
4. Mempamerkan logo agensi pada ilustrasi dan model suborbital spaceplane yang dipromosikan oleh STS-MC di dalam negara dan di luar negara
5. Menggunakan hasil kerja bersama agensi dan STS-MC berkenaan suborbital spaceplane bagi memohon geran/peruntukan dari kerajaan Malaysia

Syarat: Hanya syarikat-syarikat aeroangkasa dan agensi yang mana tuan-tuan dan puan-puan adalah pengarah atau pengurusnya (termasuk IPT yang mana tuan-tuan dan puan-puan adalah pensyarah/penyelidik) sahaja yang akan dilayan oleh STS-MC kerana selama ini hanya tuan-tuan dan puan-puan sahaja yang menyokong pembangunan pelancongan angkasa di Malaysia!

Di samping itu, syarikat-syarikat yang terpilih mestilah mematuhi beberapa syarat yang akan dipersetujui bersama.

Walau bagaimanapun tawaran ini hanya terhad kepada produk suborbital spaceplane yang dibangunkan di Malaysia sahaja.

Terima kasih.

20080507

Suborbital Spaceplane dalam Parlimen 6 Mei 2008

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa pelancar kenderaan Soyuz yang digunakan baru-baru ini sudah berusia 50 tahun, suku abad, setengah abad dan apakah yang kita boleh belajar daripada pembinaan teknologi daripada usia setengah abad itu? Apakah Yang Berhormat sedar bahawa belanja menghantar angkasawan seperti yang dibuat sekarang ini lebih tinggi kalau kita dapat membina prototaip iaitu pesawat prototaip suborbital yang kita tahu lebih murah, lebih efektif dan ini kalau dibuat lebih ramai lagi rakyat Malaysia boleh belajar minat ke angkasawan di mana kita tahu prototaip pesawat yang saya cadangkan tadi belanjanya murah. Kemudiannya ia diiktiraf oleh...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Pendek. Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ya, soalannya, soalanlah itu Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Soalannya, pesawat ini juga kalau dihantar angkasawan, boleh dihantar angkasawan sebab mengikut kriteria Federal Aviation Administration Tuan Yang
di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Mas, belum ada soalan itu.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Soalan tadi. Tuan Yang di-Pertua tidak dengar. Soalan tadi itu. Saya tanya dari segi apakah kerajaan bercadang untuk membangun pesawat yang saya sebutkan tadi prototaip. Sebab ini lebih murah dan ia canggih sebagaimana contoh Tuan Yang di-Pertua, soalan dia boleh kalau dalam zaman rakyat tidak suka kepada pemimpinlah contohnya, seperti sekarang. Dia boleh bawa lari pemimpin-pemimpin...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: ...15 minit ke angkasa. [Ketawa] Ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Biar menteri bagi sebab Yang Berhormat. [Dewan riuh] [Ketawa] Sila, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, soalan tadi semua kabur-kabur di sana-sini, melintas melintang. Namun dari segi gist nut dengan izin, ini adalah antara sebenarnya matlamat asal program ini iaitu mengejar teknologi yang ada dan di mana yang relevan itu memindahkan teknologi tersebut. Dari segi pembentukan prototaip dan seterusnya, sebenarnya itu tidak payah oleh sebab teknologi yang sedia ada itu hanya perlu diteliti di mana yang relevan, digunakan dan diadapt daripada membina semula apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Dari segi anggapan bahawa kos itu tinggi, sebenarnya ini adalah salah Tuan Yang di-Pertua. Kos yang telah pun digunakan adalah setimpal dengan kos-kos misi seperti ini dan sebenarnya lebih rendah daripada kos misi sebelum ini disebabkan pertukaran nilai wang kita. Kalau saya ingin maklumkan dari segi kos, kerana ini telah pun disebut dan disalah tafsirkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kos sebenar adalah yang ditanggung oleh negara Malaysia adalah RM39.11 juta. Ini merangkumi RM16.8 juta yang dibiayai terus oleh kementerian dan RM22.28 juta yang ditanggung oleh agensi-agensi berkaitan seperti agensi NUKLEAR, MIMOS, MACRIS, APSB dan Kementerian Kewangan melalui program publisiti dan juga SIRIM. Perlu juga saya tekankan Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, bahawa dalam soal kos ini sebenarnya program angkasawan ke stesen angkasa antarabangsa tersebut adalah termaktub dalam kontrak supplementary agreement dengan Kerajaan Rusia. Di mana merupakan projek timbal balas ataupun off-set dengan izin kepada pembelian pesawat Sukhoi oleh Kementerian Pertahanan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, nilai nominal projek tersebut adalah USD23.7 juta ataupun dalam Ringgit Malaysia dalam pertukaran sekarang RM75.8 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Rusia. Jadi, anggapan bahawa kita telah menggunakan ratusan duit rakyat dan seterusnya dan mahal, itu adalah salah tanggapan dan saya harap maklumat yang telah saya laporkan ini akan dapat memperbetulkan tanggapan.

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-06052008.pdf

20080505

Sambutan Hari Falak 10-11 Mei Melaka

Ini peluang keemasan, bawa anak-anak anda bersama menerokai angkasa lepas secara percuma. Ya , percuma.

HARI FALAK / ASTRONOMI 2008
10 – 11 MEI 2008 , Sabtu (8:30 pg – 10 mlm) – Ahad (8:30 pg – 3:30 ptg)
Di Kompleks Falak Al Khawarizmi , Tanjung Bidara , Melaka

Antara acara menarik :
- Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
- Pameran Astronomi
- Pop Kuiz Hari Falak
- Ceramah oleh Mejar Dr Faiz , Angkasawan Negara
- Tayangan 3D dan Planetarium
- Makmal Maya
- Tayangan Filem dan banyak lagi

Maklumat lanjut hubungi :
Kompleks Falak Al-Khawarizmi , Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara , 78300 Alor Gajah, Melaka
Tel : 06-3842148 (Kompleks Falak)/ 06-2847920 (Jabatan Mufti Melaka)
Faks : 06-384 2126 (Kompleks Falak) / 06-2848144 (Jabatan Mufti Melaka)
Email : jkmmufti@tm.net.my
Laman Web : http://www.al-azim.com/khawarizmi

Maklumat lanjut program di SINI

Peta ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi di SINI