20080421

Peluang Perniagaan Bidang Pelancongan Angkasa

STS-MC (Space Tourism Society Malaysian Chapter – Persatuan Pelancongan Angkasa Cawangan Malaysia) amat gembira dengan perkembangan terbaru yang mana Muszaffar mengakui bahawa program angkasawan adalah terlalu mahal dan tidak berbaloi diteruskan dengan menghantar seorang lagi angkasawan ke ISS, dan Maximus Ongkili pula menyatakan kerajaan akan mengkaji semula rancangan menghantar angkasawan kedua kerana faktor kos yang tinggi - seperti yang telah dinyatakan oleh STS-MC 2 tahun lalu di 2nd IAASS Chicago.

Maka STS-MC membuka suatu peluang perniagaan kepada para penyokong “space tourism” (Pelancongan Angkasa) di Malaysia:

STS-MC telah mendapat kebenaran dari Bristol Spaceplane Ltd (http://www.bristolspaceplanes.com/ ) untuk mempamerkan “scaled model suborbital spaceplane” (Model Kapalterbang Angkasa Lepas Sub Orbital) Ascender di Malaysia tanpa sebarang kos pendahuluan. Model itu sepanjang 20 kaki dan boleh dipamerkan di Malaysia selama 1 tahun.

Mana-mana pihak yang berminat untuk mempamerkan model itu di Malaysia boleh mendapatkannya tanpa sebarang kos melalui STS-MC. Tetapi kos pengangkutan untuk membawanya dari Bristol, UK ke Malaysia mestilah ditanggung oleh pihak berkenaan.

Pihak berkenaan kemudian boleh mempamerkan model itu sebagai model iklan di tempat-tempat awam, seperti lapangan terbang atau pusat membeli belah. Model itu boleh diwarnakan dengan warna korporat dan dipasang logo syarikat pelanggan seperti syarikat petroleum dan gas, komunikasi, dan teknologi. Pihak yang mempamerkannya boleh mengaut keuntungan dari syarikat-syarikat pelanggan ini yang mengiklankan produk dan syarikat mereka pada model ini.

Syarat yang dikenakan oleh STS-MC hanyalah:

1. Logo STS-MC mesti dikekalkan pada model itu.
2. Iklan produk dan syarikat minuman keras, rokok, perjudian tidak dibenarkan.
3. Pameran di Genting Highland dan pusat perjudian yang seumpamanya tidak dibenarkan.
4. Pihak yang mempamerkan model ini dan memperolehi hasil daripada pengiklanan produk dan syarikat melalui pameran ini hendaklah membuat sumbangan yang berpatutan kepada perkembangan Pelancongan Angkasa (Space Tourism) di Malaysia melalui STS-MC.

Norul Ridzuan Zakaria
Presiden
Space Tourism Society Malaysia Chapter

STS- MC

No comments: