Menerusi projek itu, sebuah ‘space pod’ akan dibina dan
mereka yang berkemampuan boleh menaikinya untuk dilancarkan di angkasa lepas
dan berada di sana
selama 10 minit.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata,
projek itu dijangka dimulakan Disember ini.
“Melalui perbincangan dengan kerajaan negeri, kita sudah
mendapat tanah yang sesuai dan pelabur juga ramai yang berminat dengan projek
ini,” katanya yang ditemui selepas majlis iftar angkasawan negara bersama 45
anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Salam, Chow Kit di Restoran Rebung Chef
Ismail, di sini, semalam.
Menurutnya, mereka yang berminat perlu membayar sebanyak
USD100,000 (RM300,000) dan perlu mengikuti kursus pendek.
“Saya yakin projek ini mampu mempertingkatkan industri pelancongan
kita malah mempromosikan pelancongan angkasa yang semakin mendapat tempat
sekarang.
“Malah dengan usaha sebegini, kita mampu mengurangkan kos
orang ramai mendapatkan pengalaman hebat ke angkasa lepas. Bagi saya, semua
orang harus mengambil peluang ini,” katanya.
Menurutnya, platform projek itu diusahakan Persatuan
Pelancongan Angkasa Malaysia
manakala beliau berperanan sebagai peneraju.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/13