20111209

PKNS rancang wujudkan bandar angkawasan di Bernam Jaya



PKNS rancang wujudkan bandar angkawasan di Bernam Jaya
2010/09/28

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS) merancang mewujudkan sebuah "Bandar Angkasawan" di Bernam Jaya, Selangor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Omar Othman.

"Bagaimanapun, ia masih lagi di peringkat awal. Kami baru bercakap mengenainya. Tiada yang muktamad lagi," kata beliau di sini, hari ini. Omar berkata, PKNS akan menganjurkan "Kongres Angkasawan" yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 Oktober.

"Kami cuba menjadualkan lawatan oleh angkasawan ke Pusat Sains Selangor yang juga merupakan Bandar Solar/Suria untuk bertukar-tukar pendapat," katanya selepas lawatan oleh angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke petak pameran PKNS di Persidangan Kewangan Global di sini, hari ini.

Bertemakan, "Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia", persidangan anjuran International Herald Tribune dan London Speakers Bureau, berakhir hari ini.

PKNS, cabang pelaburan kepada kerajaan negeri Selangor, adalah satu-satu peserta pameran yang mengetengahkan hartanah berprofil tinggi bernilai berbilion ringgit bagi menarik para pelabur berpotensi antarabangsa.

Bandar Solar pertama Malaysia, terletak di Taman Sains Selangor 2, ialah pembangunan semula bandar berintegrasi dan bercampur dengan perindustrian berteknologi tinggi, kediaman komersil dan komponen rekreasi.

Sementara itu, Sheikh Muszaphar berkata: "kami amat kagum dengan infrastruktur bertaraf dunia yang PKNS telah tempatkan di bandar Solar".

"Kami akan membawa 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk melawat Bandar Solar seperti dari Amerika Syarikat, Iran dan India.

"Mungkin, kami boleh mempromosikan sains angkasa kerana Bandar Solar mempunyai banyak peluang dan potensi," tambah beliau. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/PKNSrancangwujudkanbandarangkawasandiBernamJaya/Article/

20111208

MARS - Malaysia Asian Regional Spaceport

STS-MC had signed a Memorandum of Understanding (MOU) with Selangor State Development Corporation (PKNS) to develop a spaceport at Bernam Jaya Selangor. The runway for the spaceport will be built by PKNS.

The project is called, MARS - Malaysia Asian Regional Spaceport.





20110111

Pertandingan Rekabentuk Kapal Angkasa Malaysia 2011


Menangi pakej RM150,000 Kem Angkasa Eropah
Utusan Malaysia 10 Jan 2011

KUALA LUMPUR - Pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara berpeluang untuk memenangi pakej RM150,000 penyertaan di Kem Angkasa Eropah melalui pertandingan mereka bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan anjuran bersama Space Tourism Society Malaysia Chapter (STS-MC) dan akhbar Utusan Malaysia.

Presiden STS-MC, Norul Ridzuan Zakaria berkata, kumpulan sepuluh pelajar dari sekolah yang memenangi pertandingan ini berpeluang untuk menikmati pakej melawat pelancongan angkasa dan mempelajari pembangunan industri pelancongan angkasa di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Setiap sekolah akan memilih sepuluh wakil pelajar menyertai aktiviti mereka bentuk kapal terbang angkasa pelancongan suborbital Malaysia bersama dengan seorang guru penasihat.

"Mereka akan mengunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan ilustrasi-ilustrasi kapal terbang angkasa berkenaan dalam tiga peringkat iaitu ilustrasi profil dua dimensi, tiga dimensi dan model berskala pameran," katanya.

Menurut beliau, setiap sekolah akan menghasilkan ilustrasi profil dua dimensi kapal terbang angkasa pelancongan suborbital dengan parameter yang diberikan mengikut perspektif mereka.

"Sepuluh ilustrasi yang berjaya memenangi pertandingan ini akan dipamerkan dan dipromosikan dalam bentuk persembahan slaid secara berterusan pada TV skrin rata di Pameran Pelancongan Angkasa Antarabangsa 2011 (ST2011) di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 28 hingga 29 April tahun ini.

"Daripada sepuluh ilustrasi terbaik, hanya lima sahaja akan dipilih oleh wakil pejabat STS semasa Majlis Penganugerahan Orbit," katanya

Selain itu, beliau berkata, kesemua ilustrasi pemenang pertandingan tersebut akan dibukukan dan diedarkan semasa Persidangan Agensi Angkasa Eropah di Paris, Perancis anjuran Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Dalam pada itu, Norul Ridzuan memberitahu, pertandingan adalah terbuka untuk semua sekolah dan ia juga berdasarkan rancangan strategik untuk pembangunan pelancongan angkasa efektif di Malaysia dan kemampuan logistik STS-MC.