20090911

Jepun berjaya lancarkan kapal kargo angkasa lepas pertama

TOKYO 11 Sept. - Jepun berjaya melancarkan kapal kargo angkasa lepas yang pertama sejurus selepas pukul 2.00 pagi waktu tempatan tadi.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) telah melancarkan Kenderaan Pengangkutan H-II (HTV) yang berjaya terpisah daripada roket H-IIB kira-kira 15 minit selepas pelancarannya.

Roket itu berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima yang terletak di sebuah pulau di selatan Jepun dengan HTV mengangkut 4.5 tan bekalan termasuk makanan dan keperluan untuk enam krew Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS), di samping peralatan uji kaji. - AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

20090816

UK aviation entrepreneur dies in Malaysia plane crash

Michael Robert Dacre killed when aircraft he was test piloting crashed during takeoff from Taiping airstrip

guardian.co.uk, Sunday 16 August 2009 15.11 BST



A Jetpod aircab aircraft of the sort being tested when the accident happened. Photograph:

A pilot who died when his plane crashed during a test flight in Malaysia today has been described as an aviation entrepreneur.

Michael Robert Dacre was killed when the plane he was test piloting crashed during takeoff from an airstrip in Taiping, Malaysian police said.

The 53-year-old was flying a Jetpod aircraft, developed by his UK-based company, AVCEN, when the accident happened.

The plane, which was being tried out at the Tekah airstrip, is being developed to take off and land in short distances and cruise at low levels.

It would need only 125 metres (410ft) to take off or land, allowing runways to be constructed close to city centres, and would be quiet enough to not be noticeable above the noise of traffic.

Professor Jeff Jupp, who worked as an aerospace consultant on Dacre's project in the UK, said the crash victim had a lot of flying experience.

"He was a typical aviation entrepreneur," he said. "He was very keen on his project ... he saw a market for it.

"He was very prepared to take on expert opinion – not dogmatic at all – and he was very enthusiastic, driving the project on personally.

"I thought his idea was very interesting. It could have been a useful addition to the aviation scene."

Mohd Sobri Abdullah, the senior officer of the Taiping fire and rescue service, told the Malaysian Bernama news agency that fire and rescue personnel had been stationed at the airstrip at the request of the company before the crash.

He said the plane had reached an altitude of 200 metres when it plunged to the ground and burst into flames.

The Department of Civil Aviation is investigating the cause of the crash.

http://www.guardian.co.uk/world/2009/aug/16/british-pilot-killed-malaysia-crash

20090810

Jurutera Aeroangkasa Diperlukan



Career in Aerospace Engineering

Are you an Aerospace engineer?
Or are you looking for any job in aerospace related field?

Me, and some of my friends also looking for you as well. Just send your CV or Resume to my email: farquar.info@gmail.com , we wish to offer you a great project that can give you a challenging experience !

Maklumat lanjut di http://farquarspace.blogspot.com/2009/08/career-in-aerospace-engineering.html

Adakah anda seorang Jurutera Aeroangkasa?
Atau anda sedang mencari pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan aeroangkasa?

Andalah yang kami cari!. Hantarkan resume atau CV kepada email: farquar.info@gmail.com , di masa akan datang sekiranya kami ada projek yang memerlukan jurutera aeroangkasa, kami bukakan peluang ini kepada anda !

20090707

1 Dekad Pelancongan Angkasa Di Malaysia


Bersempena dengan sambutan "1 Dekad Pelancongan Angkasa Di Malaysia", STS-MC menyebarkan poster resolusi tinggi, "Cormmercial Suborbital Spaceflight as a Tool to Promote Interest of Space Travel in Developing Countries" yang telah dibentangkan oleh STS-MC di International Space University pada Februari 2008.

Poster ini adalah poster pertama yang dibentangkan di persidangan angkasa antarabangsa yang mempamerkan ilustrasi pesawat angkasa dengan Jalur Gemilang.

Terima kasih.

20090620

Pertandingan Roket Air

Pertandingan Roket Air anjuran Kelab Angkasa Malaysia Negeri Sembilan (AMAL-NS) http://amal-ns.blogspot.com di Taman Alamanda , Senawang , Negeri Sembilan pada 2 Disember 2007



20090612

A competition, last chance for submissions


The Space Generation Advisory Council (SGAC) is teaming up with the United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) to provide the winner with a fully-funded round-trip to the 2009 International Astronautical Congress (IAC) and Space Generation Congress (SGC) in Daejeon, Republic of Korea. **SUBMISSIONS ARE DUE THIS SUNDAY JUNE 14, 2009**

Entries are due by 14 June 2009. Designs should be submitted as “screenshots” of the separate pages, displaying the layout and content.
Submissions can be emailed to officer@spacegeneration.org or may be submitted on CD/DVD mailed to:

SGAC
c/o European Space Policy Institute
Schwarzenbergplatz 6
A-1030 Vienna, Austria

For more information please click here:
http://www.spacegeneration.org/node/2440

-FS-

20090528

Minuman baru angkasawan hasil dari bahan kumuhan?

Fiksyen... atau satu kenyataan?

Ya... ianya benar-benar berlaku. Belanja untuk menghantar bekalan air ke orbit bukanlah satu operasi yang murah. Nasa terpaksa mencari jalan lain supaya dapat mengitar-semula urin (air kencing), peluh dan air yang terpeluwap kepada air bersih yang selamat digunakan sebagai minuman, penghasilan oksigen dan lain-lain

“Rasanya hebat,” kata angkasawan Amerika Syarikat (AS), Michael Barratt.

Angkasawan Russia, Gennady Padalka pula menunjukkan paket air yang tertulis: “Minum air ini apabila air tulin berada jauh lebih 300km.”

Sistem kitar semula dapat mengurangkan dan menjimatkan kos pengangkutan air bersih ke stesen itu. Ia juga diperlukan kerana jumlah angkasawan yang semakin meningkat.

Pengurus makmal stesen angkasa lepas, Marybeth Edeen menjelaskan proses-proses kitar-semula tersebut, di mana air kencing itu akan dimasak dahulu dan hanya wap yang terpeluwap dikumpul dan ditukarkan kepada air.

“Baki daripada proses itu akan dibuang. Wap air daripada proses itu kemudiannya akan dicampurkan ke dalam stesen dan ditapis dahulu sebelum ianya boleh diminum,” katanya. Ciptaan sistem ini mampu menghasilkan 10 liter air dalam tempoh enam jam. - FS

Sumber: C-Net News

20090204

Iran lancar satelit


DUA juruteknik melihat sebuah roket sebelum pelancarannya ke orbit, di sebuah lokasi di Iran.

--------------------------------------------------------------------------------

TEHERAN - Kerajaan Iran semalam mendakwa berjaya melancarkan satelit pertama buatan tempatan ke orbit, satu langkah yang dijangka mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Menurut beberapa agensi berita, sebuah roket buatan tempatan, Safir 2 membawa satelit itu ke orbit pada malam kelmarin.

"Wahai warga Iran, anak-anak kita telah berjaya melancarkan sebuah satelit ke orbit.

"Dengan pelancaran satelit ini, Republik Islam Iran secara rasminya berada di angkasa," kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad menerusi televisyen.

Mahmoud berkata, satelit itu membawa makna keamanan dan persaudaraan kepada dunia selain menghapuskan tanggapan bahawa program angkasanya untuk kegunaan ketenteraan.

"Dunia menolak kata-kata lapuk itu. Kita mempunyai pandangan tentang teknologi yang hebat dari Tuhan berbeza dengan kuasa-kuasa berpengaruh dunia yang menggunakan pendapat-pendapat syaitan," katanya.

Beliau memberitahu bahawa satelit itu dibina oleh saintis-saintis tempatan.

Pelancaran itu dilakukan sehari sebelum diplomat-diplomat kanan dari enam buah kuasa besar dunia bertemu di Jerman bagi membincangkan program nuklear Iran. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Iran lancar satelit Omid ke angkasa lepas

TEHERAN 3 Feb. - Iran melancarkan satelit pertamanya ke angkasa lepas semalam, menggunakan roket Safir-2 dan bakal menimbulkan kebimbangan baru daripada masyarakat antarabangsa mengenai keupayaan ketenteraannya.

Agensi berita rasmi, IRNA melaporkan, sempena ulang tahun ke-30 revolusi Islam dan atas arahan Presiden, satelit Omid (bermaksud Harapan) kebangsaan telah dilancarkan.

"Ini merupakan satelit pertama dilancarkan oleh negara ini dan ia telah dibawa oleh roket Safir-2.

"Pelancaran satelit dilakukan petang semalam," lapor media rasmi kerajaan itu.

Menurut IRNA, satelit berkenaan dibuat sepenuhnya oleh Iran serta jenis satelit yang ringan yang akan mengelilingi bumi sebanyak 15 kali dalam tempoh 24 jam.

"Roket Safir-2 mempunyai keupayaan untuk melancarkan satelit ringan itu ke angkasa dan memasukkannya ke dalam orbit dengan tepat.

"Peralatan Roket Safir-2 turut dibuat oleh saintis Iran sendiri," kata laporan itu.

Roket Safir-2 buat pertama kalinya dihantar ke angkasa lepas pada Ogos lalu, dengan pembangunannya meningkatkan kebimbangan masyarakat antarabangsa yang sebelum ini mendakwa Iran bercita-cita membangunkan program nuklear.

Washington dan kuasa-kuasa dunia lain menuduh Tehran membangunkan senjata nuklear bagaimanapun, Iran menafikannya dan mengatakan program nuklear adalah untuk kegunaan orang awam.

Safir mempunyai ketinggian 22 meter panjang, diameter 1.25 meter dan berat lebih 26 tan. – AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm